Friday, April 11, 2008

NEGARA ISLAM IDAMAN PAS

NEGARA ISLAM IDAMAN PAS



Negara Islam idaman PAS, itulah yang di impikan oleh PAS, PAS yang sebelum ini ingin mewujudkan Ngara Islam perlu mengimport dan memakan BABI. Ini di buktikan lagi apabila Negeri di bawah Pakatan Rakyat memberikan RM100 juta untuk menternak BABI, yang peliknya PAS langsung tidak membantah bagai lembu di cucuk hidungnya atauBABI yang di cucuk hidungnya dalam konteks ini?



PETIKAN DARI AKHBAR WASILAH


PAS yang sebelum ini mengisytiharkan calon dari kalangan orang bukan islam telah memberi perspektuf yang negatif kerana bersama dengan orang kafir untuk membentuk negara islam, lain pula bagi Karpal Singh di mana beliau berkata supaya PAS jangan berangan untuk berbuat sebegitu. Sekali lagi orang ramai terutama orang islam malaysia nampak yang hanya di buli sebegitu sahaja.


PETIKAN DARI UTUSAN MALAYSIA




LIM KIT SIANG pernah berkata langkah mayat saya dulu untuk membentu negara islam jadi renung-renugkanlah wahai orang-orang PAS, lindungilah parti anda dan bersatulah dengan UMNO

Monday, April 7, 2008

PEMUDA UMNO ALPA
















Pemuda Alpa Dan Leka

PEMUDA UMNO alpha dan leka itu saja yang boleh di katakan hasil daripada pilihanraya umum yang ke-12 yang baru lepas.
Kepimpinan Pemuda UMNO ini sudah lama perlu berubah ini kerana kesilapan ketua Pemuda UMNO sendiri Datuk Seri Hishamuddin.
Kalau kita lihat sendiri perbezaan Ketua Pemuda UMNO dan Ketua Pemuda Pembangkang ialah Ketua Pemuda UMNO terlalu menjaga kedudukannya sendiri,.apa yang dapat lihat Ketua Pemuda UMNO, langsung tidak turun padang untuk menarik perhatian pengundi muda untuk mengundi kerajaan BN.
Lain pula dengan Ketua Pemuda PAS, Sallehuddin Ayob kerana Sallehuddin Ayob boleh turun padang sambil minum di kedai kopi bersama golongan muda terutama Mahasiswa.
Ketua Pemuda UMNO pula langsung tidak turun malah banyak sangat protokol untuk berjumpa dengan beliau. Apalagi dengan sikap Naib Presidennya si Khairy yang terlalu sombong dan angkuh. Jangan kata hendak jumpa mahsiswa tetapi ade juga Ketua Bahagian UMNO yang nak berjumpa dengan mereka perlu melalui Pegawai Khas mereka dahulu dan tidak perlu berjumpa dengan beliau. Kurang Ajar betul. Tak respect Senior langsung.

Oleh itu, memang eloklah kalau pemuda menyingkirkan mereka berdua, kegagalan Khairy telah terbukti apabila beliau gagal untuk menggempur Negeri Kelantan dari PAS. Khairy nampaknya malu dengan kegagalan ini.
Apa nak buat memang dah kalah.



KHAIRY YANG KALAH DI TANGAN PEMBANGKANG




Friday, April 4, 2008








Rakyat Selangor dapat 20 meter padu air percuma mulai April




Posted by Haniza Talha
Monday, 17 March 2008
Oleh Arshad Khan
KUALA LUMPUR 16 Mac – Rakyat Selangor akan menikmati bekalan air secara percuma sehingga 20 meter padu sebulan bermula April ini.
Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, bagi tujuan itu, pihaknya akan menilai semula perjanjian antara kerajaan negeri sebelum ini, dengan Puncak Niaga dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
‘‘Perkara-perkara yang terkandung dalam perjanjian ini akan digunakan untuk membekalkan 20 meter padu air secara percuma.
‘‘Kita menjangkakan pembekalan air percuma itu akan dilaksanakan dua minggu selepas Exco kerajaan negeri dilantik dan kita perlu bincang dalam mesyuarat Exco,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis kesyukuran meraikan kemenangannya di Bandar Tasik Selatan di sini hari ini.
Sementara itu, jurucakap Syabas ketika dihubungi berkata, 20 meter padu penggunaan air pada peringkat kegunaan rumah tangga atau domestik menyamai nilai RM11.40.
Di Selangor terdapat hampir 1 juta pengguna domestik. Ia menjadikan nilai bulanan bagi 20 meter padu yang dikecualikan itu mencecah nilai keseluruhan berjumlah hampir RM11.4 juta.
Menurut Khalid, pembentukan majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco) Selangor akan dibuat pada Sabtu depan.
Beliau berkata, mengikut perancangan, perkara berhubung pembekalan air percuma itu akan dibincang dalam mesyuarat Exco sebelum ia diluluskan.
Bekalan air percuma untuk 20 meter padu yang pertama merupakan sebahagian daripada janji manifesto pilihan raya yang dikemukakan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-12.
Kerajaan negeri Selangor kini merupakan kerajaan campuran yang diterajui oleh PKR setelah parti itu memenangi kerusi terbanyak di negeri berkenaan bersama DAP dan Pas.




-NOTA: Petikan Dari Malaysia Today-




20 meter padu air percuma mulai 1 Jun



Mar 28, 08 6:48pm


Semua pengguna air bagi rumah kediaman di Selangor akan mendapat bekalan air 20 meter padu secara percuma mulai 1 Jun depan.Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri telah mengkaji rancangan membekalkan 20 meter padu air secara percuma kepada isi rumah di negeri itu seperti biasa melalui pembekalan air terawat oleh syarikat Syabas, dan mendapati ia boleh dilaksanakan bagi meter individu untuk pengguna kediaman."Kerajaan negeri Selangor membuat keputusan untuk melaksanakannya bermula pada 1 Jun 2008," kata Khalid dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat menteri besar hari ini. "Kerajaan negeri telah membuat kajian berhubung mekanisme untuk melaksanakan dasar ini dan sedang menimbangkan mekanisme terbaik bagi menjaga kepentingan kerajaan negeri, alam sekitar dan orang ramai. "Tujuan kerajaan negeri memperkenalkan dasar ini ialah bagi meringankan beban kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah," katanya.Justeru, tambah beliau, rakyat masih perlu mengamalkan penggunaan air secara berhemah serta bertanggungjawab bagi mengelak pembaziran sumber agar sumber air negeri Selangor dapat dipelihara dalam jangka masa yang panjang. "Bagi membantu usaha ini, kerajaan negeri turut akan memperkenalkan langkah mempelbagaikan sumber bekalan air secara menyeluruh dalam masa terdekat," katanya.


-NOTA: Petikan Dari Malaysia Kini-


Keputusannya: Khalid Tidak Menunaikan Janji, Mane mungkin boleh. Inikah seorang pemimpin? Renungkanlah Wahai orang Selangor.. Ini lah pilihan Anda, Pemimpin YangPutar Belit,Putar Alam

BERANIKAH KJ?

SIAPA KETUA PEMUDA BARU?








Politik Malaysia gempar sekali lagi apabila Ketua Pemuda UMNO Datu Seri Hishammudin Tun Hussein menyatakan pendiriannya untuk tidak mempertahan jawatannya bagi pemilihan agung UMNO yang akan datang, sekali gus memberi peluang kepada muka baru untuk merebut jawatan panas ini termasuk juga anak mantan Perdana Menteri Mukhriz Mahathir mohammad. persoalannya adakah anak menantu kesayangan Pak Lah Khairy Jamaluddin berani untuk mencabar Mukhriz?.

Kahiry Jamaluddin telah menunjukkan kelemahannya apabila kalah dalam rancangannya untuk mengambil Kelantan dari pembangkang hingga lupa bahawa negeri dimana dia tinggal pun (Selangor) di ambil alih oleh pembangkang. Kehadiran beliau di dalam Pemuda telah mengkucar-kacirkan pemuda UMNO, pemuda UMNO terpaksa menerima kehadiran beliau di sebabkan duit.
Siapa Khairy ni? itulah perkataan yang keluar dari mulut Tun Mahathir, Tun melihat bahawa Khairy lebih berkuasa dari Pak Lah. Lihat sahaja Pilihanraya Umum Ke-12 di mana Pengerusi PUTERA UMNO Dato' Abdul Azeez Rahim bertanding di kawasan Parlimen Baling yang dahulunya dimiliki oleh Dr Mashitah tetapi Dr Mashitah di janjikan kerusi Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Antara Percaturan Khairy Jamaluddin:

a) Perlantikan Menteri KBS

b)Pemilihan kekosongan jawatan Timbalan Menteri yang di kosongkan

c) Keluarnya Kuota Wanita Dalam Kabinet